Saturday, September 12, 2015

Impian

.



Bukan sekarang
Mana mungkin kau aku pegang erat ketat
Dengan waktu ada sekarang
Dengan arah kau aku tuju sekarang
Sedangkan mahu aku duduk sendiri hanya adanya engkau
Membibit lukisan cerah gelap sama-sama
Untuk senyum selama-lama biar mampu kau aku membagi kasih berdua
Aku sungguh punya impian
Mahu aku kau ada turut serta
Kembara kita sepelusuk dunia walau kau tahu bukan semuanya nyata
Sebab kau tahu aku suka bila kau ada cuma
Dan aku tahu impian itu kau punya.



.

Friday, September 11, 2015

Bingung

.


Boleh ke aku
Perlaku sedemikian untuk diri
Tanpa fikir akan hati bakal terguris
Berdosa ke aku
Mengatur langkah mendekat engkau
Bila aku tahu dia akan jauh pergi
Bersalah ke aku
Meminta supaya aku yang berhak empunya
Walau aku tahu aku tak selayaknya

Apa mungkin aku mampu membahagia melihat dia kecewa pedih
Terhiris luka dek rakusnya aku membuka bicara memohon agar engkau aku yang punya
Haha! aku manusia tidak punya rasa
Simpati kasihan apa itu harus aku galas percuma?
Apa perlu aku laku
Aku bingung dengan mainan aku sendiri aturkan
Kenapa sesulit ini aku kenakan
Untuk seorang engkau yang aku harapkan.



.

Thursday, September 10, 2015

Semalam

.


Semalam kau datang
Mungkin sebab aku rindu
Mungkn sebab aku mahu
Jadi mimpi buka jalan
Biar aku mampu tengok kau
Sentuh kau
Perhatikan kau
Sungguh aku gembira
Walau sementara cuma
Cukup buat aku rasa bahagia
Selesai kita bersama
Aku tahu dia yang ketiga
Dia persis aku juga
Mungkin juga sebahgian kau
Canggung aku bahasakan bicara
Cantik dia setanding semua yang ada
Gelak tawa kecilnya
Kaki tangan kecilnya
Aduh mempesona
Lincah benar kesana kemari
Oh aku tidak ingin bangun
Lenyap hilangkan mimpi indah itu
Sungguh aku tak sabar
Untuk segera mimpi lagi.


.

Wednesday, September 9, 2015

Dia

.


Aku belum pernah jumpa
Seorang engkau pada orang lain
Engkau bijak dalam segala benda
Hebat dalam bicara
Kacak dari pelbagai rupa
Betul aku terpesona
Engkau lain benar di mata beta
Engkau lain benar dari mereka mereka
benar
oh aku jatuh cinta!



2015,Ogos 2


.

Mimpi

.



Aku mimpi dia datang
Terus sasau aku dalam kelam
Langsung hilang arah tuju
Aku cuba cari
Aku cari sehendak mahu
Tapi terus tak jumpa ketemu
Sampai aku jadi buntu
Ada sesuatu cuba bunuh aku
Masih aku tak jumpa temu
Lalu lenyap terus aku


2015, Ogos 1
.